Friday, June 10, 2016

Tips Mudah Bersalin

Assalamu'alaikum Banyak petua dan tips untuk mudah bersalin.
rahsia mudah bersalin untuk ibu mengandung
Menghitung waktu untuk bersalin? Banyak petua dan ilmu mudah bersalin untuk diamalkan

Samada menurut islam tradisional dan moden. Selepas tanda awal untuk bersalin sudah pun banyak, perlu buat persiapan rapi

Supaya pengalaman berpantang kita lebih indah dan lancar. 


Artikel ini akan membantu Cik Puan 




 Doa Terbaik Dari Al Quran Untuk Mudah Bersalin
 Senaman Terbaik Di amalkan Ibu Mengandung Agar Mudah Bersalin
 Makanan Terbaik Untuk Memudahkan Bersalin

Ramai ibu lebih gemar bersalin normal berbanding pembedahan. Persediaan awal mampu memudahkan kelahiran.

    Terutamanya jika berlaku perkara luar kawalan

    Surah Dan Ayat Al Quran Untuk Mudah Bersalin


    Di dalam Al Quran, ada banyak doa dan juga hikmah yang dapat di amalkan oleh ibu hamil.



    surah al quran untuk mudah bersalin


    Bersalin memerlukan persediaan rohani dan jasmani. 



    Persediaan jasmani / fizikal seperti senaman dan menyediakan produk bersalin lengkap untuk kelahiran normal dan pembedahan.



    Memang banyak perubahan badan di alami ibu mengandung. Zat yang di ambil mesti mencukupi. Banyak rambut gugur adalah satu tanda kekurangan nutrien

    Persediaan rohani / spiritual pula dengan doa dan amalan sunat yang lain.


    Insyaallah, amalan doa di bawah ini akan menguatkan jiwa dan rohani ibu agar mudah bersalin.




     Surah Al-Fatihah   untuk terang hati dan kuat ingatan.
     Surah Maryam   Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
     Surah Luqman   Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
     Surah Yusuf   Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
     Surah Hujurat   Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
     Surah Yaasin   Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
     Surah At-Taubah   Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
     Surah An-Nahl   Untuk melahir anak yang berdisiplin.


    Senaman Ibu Mengandung Untuk Mudah Bersalin

    senaman ibu mengandung mudah bersalin
    Mengandung tidak menghalang kita dari bersenam. Baik untuk ibu dan anak dalam kandungan
     1# Senaman Kemut

    Senaman ini membantu melatih otot vagina lebih kenyal.

    Faedahnya ialah membantu menambahkan keintiman hubungan suami isteri.

    senaman kemutan mudah bersalin
    Senaman melatih otot pelvik menguatkan otot vagina

    Senaman ini juga membuat otot mampu mengembang dengan  lebih baik semasa proses kelahiran bayi.

    Apa yang menarik dengan senaman ini ialah ia boleh dilakukan di mana-mana saja. 

    Antara cara paling mudah untuk melakukan senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan.

    Kira tempoh menahan dan kemudian melepaskan baki.

    Senaman ini amat bagus untuk lelaki dan wanita. Jika di lihat sekarang, ramai suamidi serang kanser prostat.

    Insyaallah, dengan melazimi senaman ini dapat mengurangkan risiko.
     2# Tailor Sitting

    Kebaikannya
      Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
    senaman tailor sitting mudah bersalin
    Inilah posisi senaman tailor sitting. Mudah di lakukan bukan?

      Senaman ini membantu memperbaiki postur badan.



      Pada masa yang sama melembutkan sendi pelvic dan melancarkan peredaran darah ke bahagian bawah badan.


    Cara Melakukannya (Rujuk Gambar Diatas) :

       Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.



       Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai. Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.



       Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.

       Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen. 


    3# Pelvic rock

    Kebaikannya:
     Dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang dapat mengurangkan sakit belakang.


    senaman pelvic rocking
    Senaman Pelvic Rocking Posisi 1


    senaman pelvic rocking
    Senaman Pelvic Rocking Posisi 2

    Cara Melakukan

     Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak (Posisi 1). Perut/belakang rata. 
    senaman pelvic rocking


    senaman pelvic rocking

    Naikkan perut/belakang anda. 


    Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut / belakang.


     Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya kali.



    •  4# Wall slide
    Kebaikannya:
    Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat.
    senaman wall slide untuk ibu hamil
    Inilah dia senaman wall slide
     Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.

    Cara Melakukannya:

       Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
       Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.

      
     Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi.

      Tahan beberapa saat. Naik ke atas semula.

       Ulangi beberapa kali sebaik-baiknya.

      
    Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.

    Insyaallah, senaman di atas akan membantu menguatkan otot dan melancarkan proses meneran.


    teknik meneran semasa bersalin
    Sokongan moral dari suami akan membantu memberi kekuatan kepada isteri semasa bersalin
    Teknik meneran yang di sarankan oleh doktor ialah


     Baringkan badan sambil lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
     Kemudian angkat kepala sehingga tinggi dagu cecah dada.
     Halakan pandangan mata ke arah perut (Seeloknya tutup mata)
     Tangan pegang buku lali kaki
     Semasa meneran usah keluarkan suara.
     Semasa meneran elakkan mengangkat punggung.
     Baca bismillah atau banyakkan zikir seperti selawat
     Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan fokus meneran



    Makanan Yang Baik Supaya Mudah Bersalin

    Bersalin adalah satu perjuangan. Memang banyak tenaga di gunakan.
    makanan ibu hamil

    Sebelum masuk ke bilik bersalin, alas perut dengan makanan yang membekalkan tenaga.

    Memang benar, sakit bersalin akan membuatkan kita hilang selera makan.

    Terdapat banyak makanan yang bagus dimakan ibu hamil. Mana yang terbaik?
    Namun, amat penting supaya ibu mempunyai tenaga tambahan.


    Badan akan lebih bersedia untuk bersalin dan bertenaga. Insyaallah, kesannya dapat di rasa.

    makanan untuk mudah bersalin
    Ada juga yang tidak sesuai diambil semasa mengandung
    Dan yang terbaik, dengan set produk vitamin untuk ibu mengandung, kita sudah persiapkan diri lebih awal lagi untuk hari kelahiran.

    Baik, antara makanan yang bagus di ambil untuk memudahkan bersalin


    Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mudah Bersalin

    Dalam banyak banyak makanan. Makanan apa yang bagus untuk ibu bakal bersalin?

    Jawapannya ada pada Surah Maryam

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman

    وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا




     “Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. 
     Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)


      1# Kurma Makanan Terbaik


    Seperti di firmankan oleh Allah swt dalam ayat dari surah Maryam (Salah satu surah yang baik di baca oleh ibu hamil)



     Kurma membekalkan semua zat dan mineral diperlukan badan kita untuk hidup.



     Sumber tenaga segera. Tak perlu di proses badan. Serta merta penyerapan kerana gula kurma adalah gula ringkas.



     Dalam kesibukan kita mengirimkan biskut dan mee segera, antara perkara yang diminta adalah kurma.



     Sebiji kurma sudah memberikan tenaga untuk bekerja. Amat di fahami keadaan ibu yang sedang sakit bersalin.

     Dapatkan kurma bersama air zam zam. Semoga dapat membantu melancarkan proses kelahiran.

     Khasiat kurma untuk ibu bakal bersalin ialah memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kehilangan darah semasa bersalin. 

    2# Amalkan Set Bersalin Shaklee

    Set Bersalin Shaklee dibahagikan kepada 3 pakej kombinasi pilihan mengikut kesesuaian keperluan Ibu Berpantang dan juga budget masing-masing. 3 Pakej Set Bersalin Shaklee adalah Set Asas (Rawatan Dalaman), Set Extra (Rawatan Dalaman + Penyusuan) dan Set Premium (Rawatan Dalaman + Penyusuan + Kekal Ramping).

    Set Bersalin Shaklee - Set Asas

    Satu kombinasi produk shaklee yang saling melengkapi bagi memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Asas mengandungi 4 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia. Set 






    Bersalin Shaklee – Set Extra 


    Satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Asas yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat baik dalam membantu dan menyokong keperluan Nutrisi Ibu Yang Menyusu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Extra mengandungi 6 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia. 

    Set Bersalin Shaklee – Set Premium 
     Satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Extra yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat efektif bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat dan selamat tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Premium mengandungi 8 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.