Showing posts with label B complex. Show all posts
Showing posts with label B complex. Show all posts

Tuesday, May 3, 2016

Rawat Senggugut dengan Shaklee (Set B)

Assalamualaikum dan haii semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk saya bernafas di atas muka bumi ini dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya.

Senggugut atau period pain yang teruk terkadang menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah wanita yang mengalaminya. Setiap bulan mereka terpaksa menempuh kesakitan ini. Nak melalui tempoh kesakitan ini amatlah menyeksa jiwa dan raga. Baring pun sakit, duduk pun sakit, menelentang pun sakit..serba tak kena dibuatnya..Tapi jangan risau ye adik-adik, kakak-kakak semua. Di dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa petua nenek moyang kita yang bolah diamalkan untuk menghilangkan masalah senggugut yang teruk sampai nak patah pinggang dan berguling-guling atas katil tu kan.Check it out ok.

Senggugut atau istilah perubatan menyebut sebagai "dysmenorrhoea’ yang membawa maksud pengaliran haid yang sakit. Senggugut terjadi apabila berlakunya pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Jadi pengaliran darah juga terganggu dan menambah kesakitan tersebut. 


Sakit senggugut adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang, rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya. Kebiasaannya kesakitan akibat senggugut ni berlaku lebih dari 24 jam dan boleh berpanjangan sehingga 2 hari.

Tidak semua wanita menghadapi masalah senggugut yang teruk ini. Bertuah la wanita yang bebas senggugut ni. Alhamdulillah saya jug atermasuk wanita yang bertuah itu..Sehingga hari ini saya tak pernah mengalami bagaimana rasa sakitnya senggugut yang kronik ini.



Petua untuk hilangkan sakit senggugut yang teruk ini.

#1 Minum air suam dengan kerap
Air suam dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Ini kerana bagus untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot rahim yang kejang.


#2 Elakkan minuman berkafein
Sebaiknya hentikan sekejap pengambilan minuman berkafein. Boleh cuba minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.

#3 Tuam bahagian perut/abdomen
Cuba tuam atau demah bahagian abdomen dengan tuala kecil yang dicelup dengan air panas. Boleh juga menggunakan bekas yang dikhaskan untuk menuam perut seperti gambar di bawah ini. Isikan air panas dan balut dengan kain jika air terlalu panas. InsyaAllah ia mampu mengurangkan rasa sakit. 
Petua Hilangkan Senggugut Yang Teruk Sampai Berguling Atas Katil

#4 Senaman ringan
Senaman yang dicadangkan yang boleh diamalkam semasa kedatangan haid atau sebelem kedatangan haid boleh membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ialah yoga dan aerobik. Aktiviti ini dapat membnatu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

#5 Minum air rebusan halia
Anda boleh merebus halia atau hiris halia kemudian masukkan ke dalam air panas. Minum air halia dikatakan membnatu menghilangkan rasa sakit senggugut. 

Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang pengakuan Puan Maria Awi yang berpuas hati apabila sengggugutnya hilang selepas mengambil produk Shaklee. Jom kita lihat sama-sama video pendek ini.

#6 Amalkan Set Senggugut Shaklee
Ini merupakan cara yang terpantas untuk melegakan senggugut dan menstabilkan hormon wanita. Antara rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan kesakitan senggugut ialah:




** Ostematrix
 Membantu membekalkan kalsium
 Mengatasi tidak stabil,murung dan masalah kejang otot perut dan lain-lain
 Dapat melegakan dan mengurangkan kesakitan berkenaan
 Membekalkan keperluan zat magnesium dan kalsium berkenaan.
** B-complex

 Mengurangkan rasa tertekan dan stress.
 Membantu menambahkan aliran oksigen
 Menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
 Meringankan tekanan
 Menghindarkan masalah anemia
 Menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
** GLA complex
  
 Mengurangkan kekejangan otot rahim.
 Memenuhi keperluan badan kerana mengandungi pati biji borage yang merupakan           zat terkaya
 Memberi kelegaan dan meringankan simptom senggugut.


 




Berminat? Buat tempahan sekarang!!

Sebarang pertanyaan? Hubungi saya.
Dapatkan konsultasi percuma apabila anda membeli produk SHAKLEE dengan saya pada bila-bila masa yang anda perlukan!




Monday, May 2, 2016

KEPENTINGAN ACID FOLIC UNTUK IBU MENGANDUNG


Kali ni saya nak kongsikan kepentingan asid folik sebelum dan semasa mengandung. Harus di ingat ya folik asid bukan ubat ajaib untuk kesuburan tetapi membantu untuk kesuburan dan memberi faedah pada bayi dalam rahim.


Apa itu ASID FOLIK?

 Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.

 Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.

Mengapa ia PENTING?
1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti:

Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang
tidak sempurna atau langsung tak terbentuk (anecephaly/encephalocele).
2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

Sumbing lelangit (cleft palate)
Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


4) Menambahkan kepekatan hemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung.
Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat.
Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
Merawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
 Daging, ayam, telur
 Kekacang
 Beras perang, barli, oat
 Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah          oren, jagung, labu dan lain-lain

Jalan mudah, telan je B COMPLEX SHAKLEE yg lengkap dengan Acid Folic. Selamat dan Berkesan insyaAllah.







"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."

Berminat? Buat tempahan sekarang!!

Sebarang pertanyaan? Hubungi saya.
Dapatkan konsultasi percuma apabila anda membeli produk SHAKLEE dengan saya pada bila-bila masa yang anda perlukan!