Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Tuesday, May 3, 2016

Rawat Senggugut dengan Shaklee (Set B)

Assalamualaikum dan haii semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk saya bernafas di atas muka bumi ini dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya.

Senggugut atau period pain yang teruk terkadang menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah wanita yang mengalaminya. Setiap bulan mereka terpaksa menempuh kesakitan ini. Nak melalui tempoh kesakitan ini amatlah menyeksa jiwa dan raga. Baring pun sakit, duduk pun sakit, menelentang pun sakit..serba tak kena dibuatnya..Tapi jangan risau ye adik-adik, kakak-kakak semua. Di dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa petua nenek moyang kita yang bolah diamalkan untuk menghilangkan masalah senggugut yang teruk sampai nak patah pinggang dan berguling-guling atas katil tu kan.Check it out ok.

Senggugut atau istilah perubatan menyebut sebagai "dysmenorrhoea’ yang membawa maksud pengaliran haid yang sakit. Senggugut terjadi apabila berlakunya pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Jadi pengaliran darah juga terganggu dan menambah kesakitan tersebut. 


Sakit senggugut adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang, rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya. Kebiasaannya kesakitan akibat senggugut ni berlaku lebih dari 24 jam dan boleh berpanjangan sehingga 2 hari.

Tidak semua wanita menghadapi masalah senggugut yang teruk ini. Bertuah la wanita yang bebas senggugut ni. Alhamdulillah saya jug atermasuk wanita yang bertuah itu..Sehingga hari ini saya tak pernah mengalami bagaimana rasa sakitnya senggugut yang kronik ini.



Petua untuk hilangkan sakit senggugut yang teruk ini.

#1 Minum air suam dengan kerap
Air suam dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Ini kerana bagus untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot rahim yang kejang.


#2 Elakkan minuman berkafein
Sebaiknya hentikan sekejap pengambilan minuman berkafein. Boleh cuba minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.

#3 Tuam bahagian perut/abdomen
Cuba tuam atau demah bahagian abdomen dengan tuala kecil yang dicelup dengan air panas. Boleh juga menggunakan bekas yang dikhaskan untuk menuam perut seperti gambar di bawah ini. Isikan air panas dan balut dengan kain jika air terlalu panas. InsyaAllah ia mampu mengurangkan rasa sakit. 
Petua Hilangkan Senggugut Yang Teruk Sampai Berguling Atas Katil

#4 Senaman ringan
Senaman yang dicadangkan yang boleh diamalkam semasa kedatangan haid atau sebelem kedatangan haid boleh membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ialah yoga dan aerobik. Aktiviti ini dapat membnatu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

#5 Minum air rebusan halia
Anda boleh merebus halia atau hiris halia kemudian masukkan ke dalam air panas. Minum air halia dikatakan membnatu menghilangkan rasa sakit senggugut. 

Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang pengakuan Puan Maria Awi yang berpuas hati apabila sengggugutnya hilang selepas mengambil produk Shaklee. Jom kita lihat sama-sama video pendek ini.

#6 Amalkan Set Senggugut Shaklee
Ini merupakan cara yang terpantas untuk melegakan senggugut dan menstabilkan hormon wanita. Antara rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan kesakitan senggugut ialah:




** Ostematrix
 Membantu membekalkan kalsium
 Mengatasi tidak stabil,murung dan masalah kejang otot perut dan lain-lain
 Dapat melegakan dan mengurangkan kesakitan berkenaan
 Membekalkan keperluan zat magnesium dan kalsium berkenaan.
** B-complex

 Mengurangkan rasa tertekan dan stress.
 Membantu menambahkan aliran oksigen
 Menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
 Meringankan tekanan
 Menghindarkan masalah anemia
 Menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
** GLA complex
  
 Mengurangkan kekejangan otot rahim.
 Memenuhi keperluan badan kerana mengandungi pati biji borage yang merupakan           zat terkaya
 Memberi kelegaan dan meringankan simptom senggugut.


 




Berminat? Buat tempahan sekarang!!

Sebarang pertanyaan? Hubungi saya.
Dapatkan konsultasi percuma apabila anda membeli produk SHAKLEE dengan saya pada bila-bila masa yang anda perlukan!




Monday, May 2, 2016

Kepentingan Kalsium Ostematrix Shaklee


Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata, osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.

Boleh Dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang punggung. sumber penerangan.gov.my

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT


Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.


Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.


Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis


Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-

- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan

TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?

Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.


MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH


Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.






Berminat? Buat tempahan sekarang!!

Sebarang pertanyaan? Hubungi saya.
Dapatkan konsultasi percuma apabila anda membeli produk SHAKLEE dengan saya pada bila-bila masa yang anda perlukan!